Kumpulan Stings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stings
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Arriesa (1988–1991)
Berasal dariSeremban,  Negeri Sembilan,  Malaysia
GenreSlow rock, rock progresif, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
MSO
Pengkarya berkait
Azam Dungun, Juwie, Lan Laga, LY & Baiduri, Saari Amri, dan lain-lain
AhliAmar (vokal)
Poey (keyboard/vokal)
Rushdie (gitar utama)
Aleem (bes)
Amy (keyboard)
Azul (dram)
Bekas ahliShah (vokal)
Din (gitar utama)
Anuar (gitar kedua)
Epul (gitar kedua)
Am (bes)
John (bes, pernah menyertai Lestari)
Wazir (dram)
Zali (dram)

Stings merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Berasal dari Negeri Sembilan, kumpulan ini terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Adakah Kau Setia, Dalam Diam Aku Mencintaimu, Kau Tetap Ku Hajati dan Ku Sapu Air Mata Perpisahan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Stings ditubuhkan pada tahun 1988 di Seremban oleh Aleem selaku pemain bes bersama-sama dengan Rushdie selaku pemain gitar utama, Azul selaku pemain dram dan Shah selaku penyanyi utama, kesemuanya membentuk barisan keanggotaan yang asal. Pada waktu itu, kugiran ini dikenali dengan nama Arriesa dan mereka aktif membuat persembahan di majlis-majlis kenduri di sekitar Seremban.

Arriesa dijenamakan semula dengan nama baharunya, Stings pada tahun 1991. Mereka mengikat kontrak bersama Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) dan terus merakamkan album pertama. Ketika proses rakaman berbaki 50%, Shah menarik diri dari Stings atas sebab peribadi, menyebabkan kerja-kerja rakaman tergendala sementara waktu untuk mencari penyanyi gantian. Apabila Hasri Hashim (Poey), seorang penyanyi kelahiran Sungkai, Perak dilamar oleh seorang komposer terkenal bernama Lan Laga sebagai teraju baharu kumpulan Stings, rakaman diteruskan untuk album sulung mereka, Hajat. Dari tahun 1994, Stings menampilkan barisan anggota-anggota baharu yang saling bersilih ganti antara satu sama lain.

Lagu Kepadamu Kekasih Hati menjadi hits yang melonjak nama Stings dalam persada industri muzik Malaysia.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Barisan keanggotaan asal[sunting | sunting sumber]

  • Shah (penyanyi)
  • Rushdie (gitar utama)
  • Aleem (bes)
  • Azul (dram)

Ahli-ahli baharu[sunting | sunting sumber]

  • Poey (penyanyi/keyboard; lahir 3 Januari 1968)
  • Din (gitar utama)
  • Anuar (gitar kedua)
  • Epul (gitar kedua)
  • Am (bes)
  • John (bes)
  • Wazir (dram)
  • Zali (dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album-album studio[sunting | sunting sumber]

  • Hajat (1994)
  • Ingatku Dalam Doamu (1995)
  • Adakah Kau Setia (1996)
  • Cinta Memerlukan Kesetiaan (1998)
  • Rahsia Cinta (1998)
  • Ku Sapu Air Mata Perpisahan (1999)
  • Timang Timang (2000)
  • Satukah Kita (2001)

Album-album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Koleksi Hits' (1997)
  • Koleksi Hits 2 (2002)
  • Memori Hits Stings 1994–2001 (2005)
  • Memori Hits 3 - Kumpulan Pop Rock Terhebat (bersama kumpulan-kumpulan Scan dan Slam, 2009)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]