Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Tun Datu Tuanku Haji Bujang College
Lambang KTDTHB yang digunakan sejak 2010-2011 sehingga sekarang.
Lokasi
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang is located in Bumi
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (Bumi)
 Malaysia Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjung Lobang, 98009, Miri, Sarawak
Malaysia
Koordinat4°21′32″N 113°57′58″E / 4.3587565°N 113.96599°E / 4.3587565; 113.96599
Maklumat
Jenis sekolahKolej, Sekolah kerajaan
MotoOPTIMA
Ditubuhkan1957
Nombor sekolah(+60)85-411795
Kod sekolahYEB4101
PengetuaJumari bin Hashim
SloganDi Sini Pemimpin Dilahirkan
Faks(+60)85-411805
Map


Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri (KTDTHB atau Kolej) merupakan antara sekolah yang tertua di Sarawak. Mula beroperasi pada tahun 1957, sekolah ini telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang kini ramai bergelar menteri. Pada tahun 2009, seramai 213 orang pelajar lelaki dan 318 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 531 orang yang menuntut di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Ia mempunyai seramai 58 orang tenaga pengajar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah ini bermula pada tahun 1956 melalui cadangan kerajaan Sarawak melalui inisiatif kerajaan British, Pelan Colombo, untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan berasrama bagi pelajar-pelajar pelbagai kaum dari kawasan luar bandar. Usaha ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1957 Government Secondary School Miri yang merupakan sekolah kerajaan yang pertama di Miri telah dibina. Sebanyak 6 orang tenaga akademik dan 87 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Pelajar yang berbilang kaum ini datang dari bahagian Miri dan Limbang. Sebanyak 4 buah kelas telah dibuka iaitu satu kelas Darjah Lima bagi menempatkan pelajar-pelajar bumiputera bahagian Miri dan Limbang dan kelas Peralihan bagi pelajar-pelajar aliran bahasa Cina yang tamat Darjah 6, Tingkatan 4 dan kelas untuk guru-guru pelatih.

Empat orang pegawai bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini iaitu Encik M.G. Dickson, Pengarah Pelajar pada masa itu, Encik Robert Nicholl, Pegawai Pelajaran Bahagian Miri dan Limbang, Rev. Fr.D.R.Rawlins, Pengetua yang pertama sekolah ini dan Captain D.R Gribble dari Syarikat Minyak Sarawak yang telah banyak memberi bantuan pada masa itu.

Tapak sementara sekolah ini ialah di kawasan bandar Miri. Beberapa bangunan Syarikat Minyak Sarawak (SHELL) yang terletak di belakang masjid lama Miri telah digunakan sebagai bilik darjah sementara, manakala rumah rehat untuk pegawai perkhidmatan kanan SHELL telah digunakan sebagai asrama. Pada tahun 1959 sekolah ini telah berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Berikutan perpindahan tersebut, sekolah ini telah dikenali sebagai Tanjung Lobang School. Pembiayaan membina sekolah ini adalah sumbangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah skim Bantuan Rancangan Colombo. Bangunan sekolah yang baharu ini telah dirasmikan pembukaannya pada 24 September 1959 oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Encik R.L. Hutchens dan Pengarah Pelajaran Sarawak ketika itu.

Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini pun turut berkembang dengan pesatnya. Walaupun pada peringkat awalnya sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari pedalaman, tetapi pada tahun 1969, sekolah ini telah dikhususkan hanya untuk pelajar Tingkatan 4 ke atas sahaja. Kemudian pada tahun 1963, kelas Tingkatan 6 telah diwujudkan. Disebabkan jumlah pelajar tingkatan 6 yang kian bertambah saban tahun, melebihi jumlah pelajar Tingkatan 4 dan 5, pihak kerajaan mendapati sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Untuk mencapai hasrat berkenaan, tanggal 6 Mei 1969, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli, telah merasmikan penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada kolej ini. Sejak itu, bermulalah era baru dalam sejarah kolej dengan nama baharunya, Tanjong Lobang College. Lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak ke-2, Tun Datu Tuanku Bujang Tuanku Othman pada tahun 1973, merupakan lawatan pertama sejak sekolah ditukar nama menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971.

Pada tahun 1976, kelas Tingkatan 4 diwujudkan semula. Tahun demi tahun kolej tetap berkembang selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan. Kolej ini memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980 buat pertama kali. Pada tahun 1982, aliran Bahasa Malaysia dalam Tingkatan 6 Sastera diperkenalkan. Pada tahun 1984, murid-murid Tingkatan 1 telah ditawarkan untuk belajar di kolej berdasarkan keputusan Penilaian Darjah 5.

Perubahan Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Catatan
1957 - 1958 Government Secondary School Atau Sekolah Menengah Kerajaan (Miri)
1959 - 1968 Tanjong Lobang School Bersempena perpindahan lokasi ke Tanjong Lobang
1969 - 1975 Tanjong Lobang College Bersempena penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada kolej, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli pada 6 Mei 1969[1]
1976 - Sekarang Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Bersempena lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971, nama beliau diabadikan dalam nama kolej

Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Tempoh (Bulan)*anggaran Catatan
1 FR. Douglas .R. Rawlins Feb 1957 Apr 1958 15 [2]
2 Mr A.L. Whiteman Mei 1958 Dis 1958 8
3 Mr E.C. Hicks Jan 1959 Jun 1959 6
4 Mr W.L.S. Britton Jun 1959 Jun 1960 13
5 Mr G.G. Dearnley Jun 1961 Dis 1961 7
6 Mr Alan D. Ruthe Feb 1962 Dis 1963 23
7 Mr H.A. Henderson Jan 1964 Dis 1965 24 [3]
8 Mr Robber Nicholl Jan 1966 Ogos 1969 44 [4][5]
9 Encik William Hsu Chang Nang Ogos 1969 Mei 1972 22
10 Encik Leonard Martin Uning Mei 1972 Dis 1973 20
11 Encik Olives Kati Dhobby Jan 1974 Dis 1975 24
12 Encik Zainal Abidin Yussuf Jan 1976 Dis 1977 24
13 Encik Mohamed Haji Sabil Ogos 1978 Dis 1979 17
14 Encik Adi Badiozaman Tuah Jan 1980 Ogos 1983 40
15 Encik Bolhan Tahir Ogos 1983 Dis 1986 40
16 Cik Rabiah Johari Feb 1986 Feb 1989 36
17 Encik Joseph Simon Feb 1989 Mei 1994 63
18 Puan Lily Haji Morni Mei 1994 Ogos 2003 111
19 Cik Hajah Hasimah Abg Zen Sept 2003 Nov 2021 218 [6]
20 Puan Normah Abdul Latiff Nov 2021 2022 -
21 Encik Jumari Hashim 2022 Sekarang - [7][8]

Falsafah, visi dan misi, moto, dan slogan[sunting | sunting sumber]

Falsafah[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan warga yang jelas akan hala tuju dan yakin ke arah yang berkualiti.
  • Mewujudkan suasana penyayang dan perpaduan di kalangan warga Kolej.
  • Melahirkan pelajar yang proaktif, kritis, kreatif dan inovatif bertunjangkan akhlak mulia dan berketahanan diri yang mantap untuk diri, agama, bangsa, dan negara.
  • Berusaha untuk membentuk Warga Kolej yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bersahsiah mulia, membina daya ketahan diri ke tahap OPTIMUM sehingga berjaya melahirkan INSAN KAMIL.

Versi Ringkas
Pendidikan di Kolej adalah suatu usaha yang berterusan ke arah mencapai Falsafah Pendidikan Negara.
Usaha ini bertujuan membentuk warga Kolej yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bersahsiah mulia, membina daya ketahanan diri ke tahap optimum,
sehingga berjaya menghasilkan INSAN KAMIL.

Visi[sunting | sunting sumber]

Tonggak Kecemerlangan Pendidikan
Pillars of Educational Excellence

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang berusaha gigih dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti agar berjaya melahirkan INSAN KAMIL.

Membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan ilmu, berakhlak mulia, berdaya fikir, berliterasi teknologi maklumat dan bersifat global yang berteraskan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Mempertingkatkan kecemerlang dari segi pencapaian akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
  • Memastikan program yang berkualiti dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.
  • Menanamkan sifat keyakinan ke arah memperkembangkan potensi pelajar .
  • Melaksanakan tugas yang diberi secara musyawarah dan membangunkan nilai-nilai pemuafakatan.
  • Mewujudkan suasana keluarga penyayang dan perpaduan dalam kalangan warga Kolej ke arah "Kolejku Syurgaku".
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat, seronok, selesa dan kondusif.
  • Menggerakkan warga Kolej ke arah pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.
  • Mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan bercirikan teknologi maklumat.
  • Mengusahakan agar prasarana sekolah dilengkapkan dengan kemudahan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang menggalakkan literasi kompetensi komputer.
  • Mewujudkan warga Kolej yang berfikrah, bersifat global, dan mampu berinteraksi serta bersaing dalam arena antarabangsa.
  • Mewujudkan rangkaian yang bermakna dengan masyarakat.

Moto[sunting | sunting sumber]

OPTIMA

Slogan[sunting | sunting sumber]

Di Sini Pemimpin Dilahirkan

Logo/emblem dan lagu[sunting | sunting sumber]

Perubahan dan Rekaan Emblem Sekolah[sunting | sunting sumber]

Makna Logo/Emblem[sunting | sunting sumber]

Bentuk/Simbol[sunting | sunting sumber]

  • Burung Kenyalang melebarkan sayapnya = Lambang negeri Sarawak, pernah menjadi sebuah institusi ilmu tersohor di seluruh Sarawak dan sentiasa mencipta kegemilangan
  • Segi tiga = Keseimbangan Akademik, Ko-kurikulum dan Sahsiah dalam diri pelajarnya
  • Pita tatal = Jalur kejayaan setiap bidang diceburi, sentiasa maju ke hadapan sehingga ke garisan penamat untuk menempa kejayaan
  • OPTIMA = Menguasai segala bidang ilmu secara optimum, teori dan praktikal agar menjadi Insan Kamil

Warna[sunting | sunting sumber]

Bil. Warna Pengertian
1. Biru Kedamaian dan perpaduan warga Kolej yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum
2. Hitam Kecekalan, usaha, semangat waja, dan berdaya saing
3. Kuning Ilmu pengetahuan dijunjung dunia dan akhirat
4. Putih Ketulusan dan kemurnian akhlak warga yang dihasilkan

Lagu[sunting | sunting sumber]

Tajuk: Kolej Wira Wawasan
Senikata (Lirik): Shukri Zain
Penggubah Lagu (Komposer): Encik Meges Laoi

Bersama Kolejku Yang Tercinta,
Semangatkan Wawasan,
Seteguh Waja Mencapai Jaya,
Cemerlang Kolej Di Mata.

Disiplin Dan Ilmu Cahaya Bangsa,
Anak Kenyalang 'kan Gemilang,
Optimum Usaha Kekal Selama,
Ke Arah Bangsa Malaysia.

Korus

Di Sini Kita Sejiwa Sebangsa,
Tanjong Lobang Daerah Mesra,
Abadi Nostalgia Semua Anggota,
Di Sini Ilmu Ditimba.
Bangkit Oh! Kita Wira Wawasan,
Menjunjung Citra Dan Cita,
Untuk Mu Tanah Air Malaysia,
Terus Jaya Selamanya.

(Ulang Korus 1x)

Identiti[sunting | sunting sumber]

Pakaian[sunting | sunting sumber]

  • Batik Kolej

Sebelum 2009
- Perkataan "OPTIMA" berwarna biru muda, dikelilingi corak bentuk bunga berkelopak biru muda dan putih, catan berulang
- Latar berwarna biru tua turquoise (firus) kehijauan
- Baju batik lengan panjang berbutang di lengan, bersaku dan berseluar slack putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Baju kurung dan berkain sarung putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Terdapat dalam pasang siap dan kain (jahitan sendiri)

Selepas 2009
- Perkataan "OPTIMA" berwarna biru muda, dikelilingi corak bunga berkelopak biru tua dan keputihan, beserta jalaran bunga berombak
- Latar berwarna biru tua
- Baju batik lengan panjang berbutang di lengan, bersaku dan berseluar slack putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Baju kurung batik dan berkain sarung putih, berkasut hitam/kanvas putih
- Terdapat dalam pasang siap dan kain (jahitan sendiri)

  • Tali leher Kolej

Pengawas/Ketua Kelas
Sebelum Julai 2006
- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar kuning coklat

2006 - 2007
- Seperti pelajar biasa

2008 - Sekarang
- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar hitam
Pelajar biasa

2005 - 2010
- Corak catan logo Kolej berwarna putih berlatar warna biru muda gelap/kehitaman
2010 - 2011

- Logo Kolej daripada kain berwarna, berlatar warna biru muda gelap, mempunyai tiga jalur; merah, kuning dan putih

  • Vest Pengawas

2006 - 2007
- Berlogo Kolej daripada kain berwarna, berlatar biru muda gelap
- Butang jenis kain, tebuk

2008 - Sekarang
- Berlogo Kolej daripada kain berwarna, berlatar hitam
- Butang jenis plastik, tebuk

  • Baju T-Kolej

Tidak diketahui - Sekarang
- Logo Kolej cetakan berwarna dan perkataan "OPTIMA" berwarna hitam di atasnya, di saku/dada kiri
- Perkataan "Kolej" berulang dari atas ke bawah di sebelah kanan, berlatar titik-titik berwarna biru muda
- Garisan/jalur seperti reben berwarna biru muda, sebagai pembahagi
- Baju berwarna putih, berkolar/round-neck berwarna biru muda, garisan hujung lengan/pergelangan tangan berwarna biru muda
- Terdapat dalam dua jenis; baju lengan pendek (berkolar/round-neck) bersaku dan baju lengan panjang (berkolar/round-neck)tidak bersaku

  • Tag nama/ID

Tidak diketahui - 2005
Tag ID Jenis Kertas
- Logo/Emblem dan nama sekolah
- Gambar Saiz Pasport Pelajar
- Nama Penuh
- Nombor Pendaftaran (Tingkatan Satu/Semasa kemasukan)
Penggunaan
- Klip dan tali tag ID
- Pin

2005 - 2009
Tag ID Jenis Perspek
- Logo/Emblem dan nama sekolah
- Gambar Saiz Pasport Pelajar
- Nama Penuh
- Nombor Pendaftaran (Tingkatan Satu/Semasa kemasukan)
Penggunaan
- Klip dan tali tag ID
- Pin

2010
Tag Nama Jenis Perspek
- Logo/Emblem sekolah
- Nama Penuh
Penggunaan
- Klip dan tali tag nama
- Pin

2011 - Sekarang
Pelekat Kekal Jenis Kain
- Logo/Emblem sekolah
- Nama Penuh
Penggunaan
- Tampal kekal di baju/pinafore

  • Seluar/Kain Sarung/Pinafore/Skirt

Pengawas
Sebelum Julai 2006
Seluar/Kain sarung/Skirt - Coklat Kekuningan

2006 - 2007
Seluar - Hijau Zaitun (Olive Green)
Kain sarung/Pinafore - Biru tua

2008 - Sekarang
Seluar/Kain sarung/Skirt - Hitam

Pelajar Biasa - Sama seperti sekolah kerajaan di Malaysia

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Sebelum 2007[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah asal.[10]

Selepas 2007[sunting | sunting sumber]

Pembinaan blok sekolah yang baru pada tahun 2008.[11]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Bas
2003/2004 - Sekarang[12][13]
Perkhidmatan Van
2019[14] - Sekarang
Capaian Wi-fi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Bestari
Sekolah Kluster - 2011

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)[sunting | sunting sumber]

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Orientasi (Tingkatan 1, 4, 6 Bawah)
Pesta Tanjong
Sukan Tara/Sukan Sekolah/Sukan Olimpik Mini
Sambutan Bulan Kemerdekaan (Pra, Ambang dan Penutupan)
Sambutan Perayaan Malaysia RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) : Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Keamatan, Diwali, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Gotong-Royong Perdana
Hari Bertemu Pelanggan (Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru bersama Pelajar)
Karnival Asrama
Majlis Izin Ilmu
Malam Mohon Restu (Pelajar Asrama Kelas Peperiksaan)
Hari Graduasi, Penyampaian Anugerah dan Sijil (Anugerah Pelajar Cemerlang APC)
Aktiviti Pasca-PMR

Aktiviti Istimewa[sunting | sunting sumber]

Sambutan Jubli Emas Kolej ke 50 Tahun (2007)[15]
Reunion Dinner (2005)

Kelas[sunting | sunting sumber]

Tahun Kelas Menengah Rendah Kelas Menengah Atas Tingkatan 6 Nota
1957 - 1959 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1960 - 1969 1A, 1B, 1C, 1D, 1E, 1F Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1970 - 1979 Tiada data (perlu ditambah) 4A, 4B, 4C, 4D, 4E, 4F
5A, 5B, 5C, 5D, 5E, 5F
Tiada data (perlu ditambah) Kelas F dimansuhkan pada tahun 1980
1980 - 1989 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) 6 Rendah Sains A, B, C, D
6 Atas Sains A, B, C, D
1990 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1991 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1992 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1993 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1994 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1995 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1996 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1997 Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah) Tiada data (perlu ditambah)
1998 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

Tiada data (perlu ditambah)
1999 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih

Tiada data (perlu ditambah)
2000 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui
2001 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
1 Gigih (Bahasa Arab) dibuka Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui
2002 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui
2003 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui
2004 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
Data tidak/mungkin tepat, perlu diperbaharui
2005 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains A & B
2006 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
6 Bawah Sains A & B
6 Atas Sains
6 Atas Sains digabungkan
2007 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
6 Bawah Sains
6 Atas Sains
2008 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
6 Bawah Sains
6 Atas Sains
2009 1 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
6 Bawah Sains
6 Atas Sains
1 Amal dimansuhkan kerana kurang pelajar
2010 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
2 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
3 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
6 Bawah Kemanusiaan, Sains
6 Atas Sains
1 Iltizam (Bahasa Jepun) & Amal dibuka bagi menampung penambahan pelajar
6 Bawah Kelas Kemanusiaan - Diwujudkan kembali
2011 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih
6 Bawah Kemanusiaan, Sains
6 Atas Kemanusiaan, Sains
1 Lestari dibuka bagi menampung penambahan pelajar, 3 Gigih kelas sepenuhnya Bahasa Arab terakhir.
2012 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2013 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2014 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2015 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2016 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2017 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2018 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
Data perlu ditambah
2019 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)
2020 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)
2021 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)
2022 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)
2023 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)
2024 1 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam, Lestari
2 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
3 Tekun, Cekal, Yakin, Gigih, Iltizam
4 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
5 Tekun, Cekal, Yakin, Amal, Gigih, Iltizam
6 Sains (A, B), 6 Sains Sosial (A, B, C, D)

Asrama[sunting | sunting sumber]

Tahun Asrama Putera Asrama Puteri Nota
1950'an - 1960'an Clarke, Dearnley, Whiteman, Kiwi, Kenyalang Penelope Nama asrama bersempena dengan nama-nama bekas pengetua Tanjong Lobang School. Burung Kiwi dipilih untuk menghargai jasa tenaga dari New Zealand. Burung Kenyalang dipilih untuk mewakili tempat sekolah ditubuhkan iaitu Sarawak.
1970'an - 1980'an Cenderawasih, Helang, Kiwi, Kenyalang, Tiong, Bekia Tiada data, perlu dikemaskini Tradisi memberi nama asrama bersempena dengan nama burung diteruskan dengan penambahan nama Cenderawsih, Helang, Tiong dan Bekia
1990'an - 2000'an Cenderawasih, Kiwi, Kenyalang, Tiong, Bekia, Rajawali, Kenari Merbuk, Merak, Murai, Nuri Asrama Merbuk pernah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
2000 Kenari, Rajawali Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
2001 Kenari, Rajawali Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
2002 Kenari, Rajawali Merbuk

Merak
Nuri
Merpati

2003 Kenari, Rajawali Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
2004 Kenari, Rajawali Kasawari
Merbuk [16]

Merak
Nuri
Merpati

2005 Kenari
Rajawali
Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
Cenderawasih
2006 Kenari
Rajawali
Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
Asrama Cenderawasih ditutup
2007 Kenari
Rajawali
Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
2008 Kenari --> Asrama Berek (Sementara)
Rajawali
Merbuk
Merak
Nuri
Merpati
Asrama Kenari ditutup untuk kerja pembinaan blok sekolah yang baharu, penghuni berpindah ke berek
Pertengahan Semester II, semua penghuni berhijrah ke blok asrama baru
2009 Putera Puteri [17][18] Asrama Putera - Penggunaan blok baru secara rasmi pada sesi persekolahan 2009, wujud nama tidak rasmi; Kenari Baru atau Kenari sahaja (Menengah Rendah[19]) & Rajawali Baru atau Rajawali sahaja (Menengah Atas[20]) [21]
2010 Putera Puteri Asrama Putera - Nama tidak rasmi masih digunakan; Kenari Baru atau Kenari sahaja (Menengah Rendah) & Rajawali Baru atau Rajawali sahaja (Menengah Atas)
2011 Putera Zamrud Puteri Delima Nama Zamrud dan Delima diberikan pada pertengahan tahun secara rasmi
2012 - Sekarang Putera Zamrud Puteri Delima

Bekas/Alumni Warga Kolej[sunting | sunting sumber]

  1. Leo Moggie Irok
  2. Idris Jala
  3. Alfred Jabu anak Numpang
  4. Awang Tengah bin Ali Hasan
  5. Freddie Abun Tadam
  6. Gilbert Ding Laing
  7. Mutang Tagal
  8. Stanley Ajang Batok
  9. Hasimah Abg Zen
  10. Chong Hoi Hee
  11. Serina Sauni
  12. Lily Morni
  13. Lucy Aran Bulan
  14. Christina Sio
  15. Zainal Abidin Matasan
  16. Baru Bian
  17. Abdull Kadir Suhaimi
  18. Yeoh Ban Kheng

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Sejarah Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 16 Disember 1941, tentera paksi Jepun telah mendarat di Pantai Brighton, Miri dan mendaki ke rumah api yang terletak di pinggir Tanjong Lobang[22], kawasan yang bakal dibina Tanjong Lobang School (Sekolah Tanjong Lobang) pada tahun 1959. Struktur bangunan asal rumah api yang telah dibina Kerajaan Putih Sarawak pada tahun 1930an tersebut telah musnah dibom tentera Jepun serta turut meragut nyawa penjaga rumah api yang bernama Awang Metali yang telah disemadikan di sebelah rumah api tersebut.[23] Rumah api Tanjong Lobang telah dibina semula sebanyak dua kali untuk menambah tinggi menara yang semakin dilindungi oleh pokok-pokok dengan tambahan pagar di sekitar perimeter oleh Lembaga Boya dan Air Sarawak di samping terdapat tugu peringatan Perang Dunia Kedua dibina untuk jiwa yang terkorban berbilang bangsa dan kewarganegaraan termasuklah anak jati Sarawak, warga Komanwel (British, New Zealand, dan Australia), Indonesia, India dan Jepun. Rumah api berkenaan masih boleh diziarahi pada hari ini dengan mendapat keizinan daripada Jabatan Laut dan pihak sekolah Kolej TDT Haji Bujang kerana jalan menuju ke rumah api tersebut perlu melalui kawasan sekolah, tanah kerajaan dan persendirian.

Pada tahun 1971, apabila penukaran nama sekolah daripada Tanjong Lobang College ke namanya yang digunapakai sekarang, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, bersempena dengan nama Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak pada masa itu, Tun Datu Tuanku Haji Bujang, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan telah mengadakan tunjuk perasaan untuk membangkang penukaran nama sekolah yang telah diketuai oleh seorang pelajar yang telah bertindak berdiri di atas bumbung bangunan sekolah. Jabatan Pelajaran daerah telah mengisytiharkan darurat ke atas sekolah ini yang mengakibatkan sekolah terpaksa ditutup selama sehari. Perkara tersebut disifatkan sebagai tidak memerlukan campurtangan pihak berkuasa dan pada masa yang sama, Pengetua Encik William Hsu Chang Nang telahpun dipindahkan ke Sibu atas sebab yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun, tiada seorang pelajar dan kakitangan sekolah pun yang tercedera ataupun disabitkan pertuduhan jenayah ke atas peristiwa tersebut. Sehingga ke hari ini, identiti pelajar yang mengetuai tunjuk perasaan tersebut masih tidak diketahui.[24]

Pada bulan Februari 2008 semasa cuti seminggu Tahun Baharu Cina, sekumpulan pelajar kolej telah pergi menyertai aktiviti ilmiah anjuran sebuah persatuan pelajar di sekolah tersebut di Taman Negara Similajau, Bintulu. Semasa bersantai di Pantai Penyu setelah hampir meredah hutan menuju ke destinasi, menjelang tengahari, beberapa orang pelajar yang sedang bermandi-manda dikejutkan dengan jeritan meminta tolong. 2 orang pelajar sekolah tersebut telah dihanyutkan ombak dan meragut nyawa mereka disebabkan cuaca yang disangkakan cerah pada mulanya bertukar buruk, ditambah lagi dengan lautan yang pada mulanya tenang berubah sekelip mata menjadi bergelora. Seorang daripada rakan pelajar tersebut cuba menolong 2 orang rakan mereka yang lemas itu tetapi beliau sendiri pun hampir lemas dan hanya diselamatkan dengan berpaut pada kayu balak yang dihanyutkan oleh pelajar yang panik di tepi pantai. Pasukan pencari dan penyelamat mencari kedua-dua pelajar berkenaan dan jenazah mereka ditemukan pada hari yang berbeza, dibawa pulang ke Miri dan kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong, Miri oleh waris mereka. Semua warga kolej amat berdukacita dengan berita berkenaan di atas tragedi tersebut. [25][26][27][28][29][30]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjung Lobang
98009, Miri
Sarawak, Malaysia
No.Telefon = 085-411795
No.Faks = 085-411805

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Sesawang (Website)

Laman Blog

Laman Galeri

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-27. Dicapai pada 2018-09-26.
  2. ^ Mengiring para atlet Kerajaan Sarawak ke Sukan Komanwel dan Empayar British 1958 pada 18 hingga 26 bulan Julai 1958 di Cardiff,Wales.
  3. ^ Reuters, Reuters (1964-03-03). "Malaysia: Sarawak's First Secondary School Built With New Zealand Aid. (1964)". British Pathe. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  4. ^ Nicholl, Robert (2010-12-19). "Raja Bongsu of Sulu". Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-27. Dicapai pada 2024-05-27.
  5. ^ "Man of the Archipelago - Robert Nicholl". Sustainable Living Institute. 2015-04-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-12-15. Dicapai pada 2024-05-30.
  6. ^ Abang Zen, Hasimah (2013). "ICT TONGGAK KECEMERLANGAN PENDIDIKAN". PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013 (dalam bahasa Inggeris): 151–153.
  7. ^ MERBAU Channel (2022-09-13), Montaj Majlis Perpisahan Tuan Pengetua Jumari Hashim SMK Merbau, dicapai pada 2024-05-30
  8. ^ "Kejohanan Olahraga MSS Sarawak Kali Ke-30". Anyflip. 2023-09-11. m/s. 13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-30. Dicapai pada 2024-05-30.
  9. ^ REUTERS - SOURCE TO BE VERIFIED, REUTERS - SOURCE TO BE VERIFIED (2024-05-28) [1964]. "MALAYSIA: SARAWAK'S FIRST SECONDARY SCHOOL BUILT WITH NEW ZEALAND AID. (1964)". britishpathe.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Jata Tanjong Lobang School dilihat pada saat yang ke 4. 00:00:04:00.
  10. ^ Chin, David (2006-02-28). "Tanjong Lobang School". davidchin3714. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-29. Dicapai pada 2024-05-29.
  11. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Bangunan Baru KTDTHB Miri". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-29. Dicapai pada 2024-05-29.
  12. ^ "27 ahli Pengakap Kelana adakan aktiviti Lencana Pengembaraan". Utusan Borneo Online. 2024-04-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-29. Dicapai pada 2024-05-29.
  13. ^ "Bas Kolej TDTHB 2024". Utusan Borneo Online. 2024-04-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-29. Dicapai pada 2024-05-29.
  14. ^ Johari, Zaheera (2019-06-16). "Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang gets new van". The Borneo Post Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-29. Dicapai pada 2024-05-29.
  15. ^ Suhaili, Muhtar (2007-05-06). "Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang". Muhtar Suhaili As-Sarawaki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-30. Dicapai pada 2024-05-30.
  16. ^ "Asrama Merbuk". Tanjong Lobang. 2004. Dicapai pada 2024-05-28.
  17. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Asrama Puteri (Menengah Rendah)". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  18. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Asrama Puteri (Menengah Atas)". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  19. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Asrama Kenari Baru". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  20. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Rajawali Baru". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  21. ^ Hapni, Mohd Esmandi (2009-08-24). "Penghuni Asrama Bersama Pengurus Kediaman Masing-Masing". asramaktdthbmiri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-28.
  22. ^ "The Japanese Occupation (1941 - 1945)". The Official Portal of the Sarawak Government. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-29.
  23. ^ "Grave of the Light House Keeper, Awang Metali". miriresortcity. 2019-09-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2024-05-29.
  24. ^ Chong, Luke (2024-05-31). "一九七一年,丹絨羅邦學院學生示威". Facebook (dalam bahasa Pada tahun 1971 dan pelajar Tanjong Lobang College membuat tunjuk perasaan.). Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-06-03. Dicapai pada 2024-06-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0205&pub=utusan_malaysia&sec=sabah_%26_sarawak&pg=wb_05.htm&arc=hive
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-04-19.
  27. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-11. Dicapai pada 2008-04-11.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 2008-04-09.
  29. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-04-19.
  30. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-28. Dicapai pada 2008-04-19.