Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
Logo Rasmi Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
Lokasi
 Malaysia Lorong Tun Fatimah Durian Daun, 75400, Melaka, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
MotoTekun Fokus Cemerlang

Selangkah Ke Universiti

Pride and Excellence in Shaping The Future
Nombor sekolah06-2831803
Kod sekolahMEB2103[1]
PengetuaPuan Zunita binti Zulkifli Stork
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Tee Siew Fong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Liza binti Mamat
Penolong Kanan KokurikulumEncik Aravina Asla bin Yaacob
Faks6062922707

Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah atau nama ringkasnya KTETFc, merupakan sebuah pusat Tingkatan Enam Mod 1 yang terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian Daun.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sejarah Kolej ini bermula pada tahun 1956, dengan dinamakan sebagaI Sekolah Menengah Perempuan Melayu yang dirasmikan oleh Encik Mohd Khair Johari selaku Menteri Pelajaran Tanah Melayu. Dua tahun selepas itu, sekitar tahun 1958, sekolah ini dinamakan semula dengan nama Sekolah Tun Fatimah (STF) yang telah berpindah premis ke Johor Bahru pada tahun 1964.

Sekolah telah betukar nama kepada Sekolah Menengah Rendah 3 (SMR3) Pelbagai Jurusan terlebih dahulu sebelum ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Durian Daun (SMDD) pada tahun 1967 sebelum ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun (SMKDD).

Kolej ini merupakan sebuah yang dahulunya merupakan sebuah sekolah menengah harian biasa yang bernama SMK Durian Daun. Kolej ini ditubuhkan bagi menampung pelajar-pelajar Tingkatan Enam daripada enam buah sekolah berbeza iaitu SSN SMK Seri Kota, SMJK Yok Bin, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Bukit Baru, SMK St. Francis dan SMK Convent Infant Jesus menerusi pemusatan pusat Tingkatan Enam pada dan ditubuhkan secara rasminya pada 16 Februari 2020.[1]

Kolej ini merupakan Pusat Tingkatan Enam Mod 1 pertama seumpamanya di Melaka. Kolej ini turut dikenali sebagai Kolej Prauniversiti Tun Fatimah dalam kalangan warga kolej ini.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

KTE Tun Fatimah

Terulung namamu di Melaka

Katalis kecemerlangan

Teras keazaman

Membina negara Dan bangsa

Ini janji kami

Ilmu dicari

Capai Impian di hati

Tekun Fokus Cemerlang

Pendekatan sasaran kami

Bina imej berkualiti

Pelajar hebat menjadi

KTE Tun Fatimah

Fokus Cemerlang

KTE Tun Fatimah

Fokus Gemilang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, seramai 22 orang calon telah mendapat GPA 4.00 dalam peperiksaan STPM 2022

Organisasi Pelajar[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Tingkatan Enam (Pertina)
  • Briged Digital
  • Pembimbing Rakan Dinamik
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas Siar raya
  • Persatuan Koperasi KTETF


Badan Beruniform[sunting | sunting sumber]

Sukan dan Permainan[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Futsal
  • Kelab Catur
  • Kelab Bola Keranjang
  • Kelab Bola Jaring
  • Kelab Bowling
  • Kelab Bola Tampar
  • Kelab Frisbee

Kelab dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Malaysiaku
  • Kelab Bahasa
  • Kelab Seni Visual
  • Kelab Kebudayaan
  • Kelab Pencinta Alam Sekitar
  • Kelab Hospitaliti


Pakej Mata Pelajaran STPM[sunting | sunting sumber]

Sains Tulen

  • 954 Mathematics (T), 962 Chemistry, 964 Biology
  • 954 Mathematics (T), 960 Physics, 962 Chemistry

Sains Sosial

  • 910 Bahasa Melayu, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 910 Bahasa Melayu, 940 Sejarah, 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan, 948 Perakaunan
  • 940 Sejarah, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 944 Ekonomi, 948 Perakaunan, 950 Mathematics (M)
  • 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan, 950 Mathematics (M)
  • 970 Pendidkan Seni Visual, 940 Sejarah, 946 Pengajian Perniagaan
  • 946 Pengajian Perniagaan, 966 Sains Sukan, 910 Bahasa Melayu
  • 910 Bahasa Melayu, 940 Sejarah, 966 Sains Sukan
  • 970 Pendidikan Seni Visual, 966 Sains Sukan, 910 Bahasa Melayu

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Prauniversiti Tun Fatimah Melaka
Lorong Tun Fatimah Durian Daun
75400, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon: 06-2831803
Faks: 6062922707

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]