Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (Mac 2011)
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila memperbaikinya dengan mengesahkan dakwaan yang dibuat dan menambah rujukan. Kenyataan yang mengandungi penyelidikan asli sahaja patut dikeluarkan.(April 2020)
Di Singapura, kegiatan ko-kurikular (CCA, bahasa Inggeris: co-curricular activitycode: en is deprecated ), ialah kegiatan bukan akademik yang semua pelajar mesti ambil sebagai sebahagian daripada pendidikan. Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE), CCA sangat digalakkan di peringkat rendah dan posmenengah tetapi wajib di peringkat menengah. Pelajar boleh pilih daripada 4 kategori: kelab dan persatuan, sukan fizikal, kumpulan beruniform, dan seni visual dan persembahan. Pelajar juga boleh mula kegiatan mereka dengan kelulusan sekolah. Siapa-siapa yang menawarkan kegiatan pengayaan kepada sekolah mesti didaftar dengan MOE.