Kampung Sekati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penempatan Kg Sekati adalah salah satu kampung dalam daerah Manir, Kuala Terengganu. Namun sering kali disalah erti dengan Pulau Sekati. Pulau Sekati adalah kawasan yang berasingan dengan Kg Sekati namun tetap menggunakan nama kampung yang sama. Dua kampung tersebut terpisah dengan Sungai Manir, Kuala Terengganu.

Geografi Kg Sekati terletak di pinggiran Sungai Manir dan berjiran dengan Kg Telok Pasu dan Kg Kubang Jela. Selain pada sungai, terdapat juga bekas tapak sawah yang orang dahulu usahakan yang kini menjadi tempat penduduk setempat menternak haiwan seperti lembu. Terdapat beberapa Taman Perumahan di kanpung tersebut dan majoriti penduduk menginap di rumah kampung yang bermaksud di atas satu lot tanah untuk 3 atau 4 biji kediaman. Kebanyakan dari penduduk adalah saudara terdekat.

Ekonomi Penduduk di Kg Sekati ramai bekerja secara bebas dan ramai penduduk yang mempunyai kemahiran seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Terdapat beberapa figura yang agak sinonim di kampung tersebut seperti Roti Canai Zamri, Kilang Somen (Sawmill) Hj Loh, Kedai Runcit Eton, Kedai Runcit Cik We & Ayoh Ku, Pok Din Zakat, Mat Kontraktor 137, Pok Manan dan lain-lain. Ketika bulan puasa, sebahagian penduduk akan mengambil kesempatan untuk berniaga di hadapan Taman Sakti seperti air balang dan kuih-muih. Antara tarikan makanan ketika di bulan puasa di gerai kawasan tersebut adalah Ketupat Pulut Deraman.

Politik Kg Sekati telah diterajui oleh parti PAS bermula Pilihanraya 13 dan 14 yang diwakili oleh YB Ustaz Ridzuan Hashim.

Nota Rumah keluarga Aro pun terdapat di sini.

Kampung Sekati
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Sekati
Mohor rasmi Kampung Sekati
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Sekati
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Sekati di Peta Google

Kampung Sekati merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Sekati terletak di utara kampung Baharu Sekati dan kampung Pulau Rusa.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. SMK Manir
  2. SK Telok Pasu
  3. SK Manir

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Telok Pasu
  2. Surau Taman Sakti
  3. Surau Al-Furqan

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Sekati, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]