Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
جابتن ڤرخدمتن ۏيترينر نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1906 (118 tahun yang lalu) (1906)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatLot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
dvsns.ns.gov.my

Perkhidmatan Veterinar di Negeri Sembilan yang sempurna hanya wujud pada tahun 1906 dengan perlantikan seorang Doktor Haiwan dari Britain. Sebelumnya, penternak di Negeri Sembilan diselia oleh Doktor Haiwan yang mentadbir Negeri Selangor.

Sejak itu, organisasi Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan terus berkembang dan ianya menjadi lebih mantap dengan perlantikan seorang Doktor Haiwan pertama daripada kalangan anak tempatan pada tahun 1959.

Pemantapan Perkhidmatan Haiwan di Negeri Sembilan diteruskan dengan pengwujudan Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Seremban yang diketuai oleh seorang Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan dibantu dengan kakitangan dari kumpulan teknikal dan perkeranian.

Di daerah-daerah pula, Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah diwujudkan, termasuk daerah Seremban (1930), Port Dickson (19 Mac 1966), Tampin (1963), Kuala Pilah (1948), Jelebu (29 Oktober 1966), Rembau (16 Oktober 1965) dan Jempol (1 Januari 1980).

Pegawai teknikal, termasuk Penolong Pegawai Veterinar dan / atau Pembantu Veterinar Kanan serta kakitangan teknikal dan perkeranian telah ditempatkan di Pejabat-Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah berkenaan bagi melicin dan memudahkan lagi pentadbiran dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan haiwan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan.
  2. Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat.
  3. Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai.
  4. Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan.
  5. Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran.

[1]