Fairuz Misran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fairuz Misran
Kelahiran
Fairuz bin Misran

(1985-01-19)19 Januari 1985
Meninggal dunia8 September 2023(2023-09-08) (umur 38)
Sebab kematianSakit dada
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2012–2023
PasanganNoor Munira binti Mohamed (k. 2007–2023)
Kerjaya muzik
InstrumenVokal

Fairuz bin Misran (19 Januari 1985 – 8 September 2023) dululah seorang penyanyi dan personaliti media sosial yang berasal dari Sabah, Malaysia.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fairuz bin Misran dilahirkan di Sandakan, Sabah sebagai anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di SMK Bongawan, Sabah. Beliau dibesarkan di Kimanis, Papar, Sabah sebelum menetap di Wilayah Persekutuan Labuan.

Fairuz Misran diberi gelaran klon P. Ramlee kerana dari segi rupa parasnya dan suaranya yang hampir mirip dengan P. Ramlee. Beliau juga sangat mengidolakan P. Ramlee kerana kerap kali menyadur semua lagu-lagu P. Ramlee melalui Instagram, Youtube dan Facebook miliknya.[2][3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fairuz Misran pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2012.[5][sumber tidak boleh dipercayai?] Beliau pernah juga menyertai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2010, namun tidak memenangi sebarang anugerah.[perlu rujukan]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2019 "Indahnya Raya"
"Ikatan Asmara" ft. Baby Shima Ciptaan Harry Khalifah dan Achoi Floor 88
2021 "Untukmu"
2022 "Bak Zaman" ft. Baby Shima

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 The God of Wealth Dirinya sendiri Penampilan khas, filem lakonan pertama dan terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Pop Yeah Yeah P. Ramlee TV3 Episod: "Tribute P. Ramlee"

Kematian[sunting | sunting sumber]

Fairuz Misran meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 September 2023.[6] Beliau meninggal dunia di Hospital WP Labuan kerana sakit dada sebelum pengsan pada pukul 1.30 tengah hari.[7] Jenazah beliau dikebumikan pada kira-kira pukul 10 malam hari itu juga di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Netizen kecoh menemui lelaki mirip seniman P Ramlee dari Sabah ..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 2020-02-03.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (Jun 16, 2019). "Fairuz Misran klon P Ramlee?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2023. Dicapai pada September 8, 2023.
  3. ^ Junaidi Ladjana (Januari 22, 2019). "'Jelmaan' P Ramlee [METROTV]". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2023. Dicapai pada September 8, 2023.
  4. ^ Iwab Shu-Aswad Shuaib. ""Saya tak layak… beliau tiada pengganti" – Klon P. Ramlee". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2023. Dicapai pada September 8, 2023.
  5. ^ "Pasangan Sabah dinobat Juara Bintang P Ramlee Kebangsaan". Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2023.
  6. ^ Yun Mikail (8 September 2023). "Fairuz Misran meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 8 September 2023.
  7. ^ Utusan Malaysia (8 September 2023). "'Kembar' P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.
  8. ^ Sinar Harian (9 September 2023). "Jenazah Fairuz Misran selamat dikebumikan". Astro Awani. Dicapai pada 9 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]