Bepang pulut
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
Bepang Pulut ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Ia diperbuat daripada beras yang bersalut gula cair. Bepang pulut sedap dimakan begitu sahaja.
Latar[sunting | sunting sumber]
Bepang pulut merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Universiti Selangor. Walaupun demikian, ketika ini bepang pulut boleh didapati di pasaraya-pasaraya dan pasar tani pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Sambutan yang menggalakkan juga dari pasangan-pasangan raja sehari yang menjadikan bepang sebagai barang hantaran.
Resipi[sunting | sunting sumber]
Secara amnya, bepang pulut diperbuat hanya dari beras pulut dan gula melaka sahaja. Bepang pulut juga digemari kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Cara-cara membuat bepang pulut:
- Bahan-bahan
- Peralatan
Cara-cara pembuatan[sunting | sunting sumber]
- Beras pulut dibersihkan, dikukus sehingga masak dan dijemur hingga kering sepenuhnya.
- Beras pulut ditumbuk hingga menjadi butiran, diangkat dan disejukkan.
- Masak gula melaka dengan air.
- Selepas mendidih ,campurkan bertih ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
- Selepas masak, angkat dan letakkan ke dalam bekas acuan.
- Ratakan dengan penggiling, potong dan bungkus.
Trivia[sunting | sunting sumber]
- Teks disediakan oleh Puan Minah binti Osman dengan bantuan pihak-pihak tertentu. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.