Azra'ie Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azra'ie Zakaria (lahir di Bengkalis, 31 Julai 1947 – meninggal di Jakarta, 18 Julai 2019 pada umur 71 tahun) ialah seorang ulama, pensyarah, dan penulis berkebangsaan Indonesia.

Azra'ie Zakaria
Kelahiran(1947-07-31)31 Julai 1947
Bengkalis, Riau, Indonesia
Meninggal dunia18 Julai 2019(2019-07-18) (umur 71)
Jakarta, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Pusat pendidikanUniversiti al-Azhar
Pekerjaan
  • Ulama
  • pensyarah
  • penulis
PasanganAthiah Muhayat (k. 1983–2019)
Anak-anak3
BapaZakaria bin Muhammad Amin
SaudaraTuan Guru Haji Ahmad (datuk)
Siti Zainab (ibu tiri)
Gamal Abdul Nasir Zakaria (adik tiri sebelah bapa)
Rita Puspa Zakaria (adik tiri sebelah bapa)

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Azra'ie Zakaria dilahirkan pada 31 Julai 1947 di Bengkalis, Riau, sebagai anak kelima dan putera kedua daripada tujuh anak kepada Zakaria bin Muhammad Amin, seorang ulama, dan Mariah binti Ahmad (1900–1955), seorang suri rumah.[1][2] Beliau mempunyai dua saudara lelaki, Nashruddin (1934–1999), seorang penjawat awam, dan Syakrani Zakaria (lahir 1952), seorang ketua pelabuhan, dan empat saudara perempuan, Aminah (1938–2011), seorang guru, Zaharah (1942–2007), seorang ahli politik, Ulfah (lahir 1943), seorang pakar sakit puan, dan Hanim Zakaria (lahir 1950), seorang guru.[1][2] Azra'ie juga memiliki tiga saudara lelaki sebelah bapa, Zulkarnain (lahir 1957) dan Nukman (lahir 1960), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Gamal Abdul Nasir Zakaria (lahir 1965), seorang pensyarah, dan empat saudara perempuan sebelah bapa, Rinie Yuslina Fairuz (1964–2021) dan Rita Puspa (lahir 1967), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Nida Suryani (lahir 1971) dan Sri Purnama Zakaria (lahir 1973), kedua-duanya adalah guru, daripada pernikahan kedua bapanya dengan Siti Zainab binti Kimpal.[1][3] Datuk sebelah ibunya, Tuan Guru Haji Ahmad, merupakan seorang ulama yang pertama kali menubuhkan institusi pendidikan Islam di Bengkalis, pada tahun 1900-an.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Azra'ie menikah dengan Athiah Muhayat, seorang pensyarah, pada 1 Disember 1983, dan mempunyai seorang anak laki-laki bernama Adri Imaduddin Azra'ie (lahir 1990), dan dua orang anak perempuan bernama Ilham Zurriyati (lahir 1984) dan Maya Fadlilah Azra'ie (lahir 1986).[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azra'ie memulai kariernya sebagai pensyarah di Universiti Islam As-Syafiiyah.[2] Bersama dengan istrinya Athiah, ia menerbitkan sebuah buku biografi berjudul Ibnu Sahnun: Pemikir Pertama Pendidikan Islam (2008) yang menceritakan riwayat hidup cendekiawan muslim asal Tunisia, yaitu Ibnu Sahnun.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Azra'ie meninggal dunia di RSAU dr. Esnawan Antariksa yang berada di Makasar, Jakarta Timur, pada 18 Julai 2019 akibat diabetes yang dihidapinya pada usia 71 tahun.[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ibnu Sahnun: Pemikir Pertama Pendidikan Islam (2008)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Azra'ie Zakaria, Ancestry
  2. ^ a b c Saputra 2020, m/s. 146.
  3. ^ Saputra 2020, m/s. 147.
  4. ^ Saputra 2020, m/s. 7.
  5. ^ "Ibnu Sahnun : pemikir pertama pendidikan Islam / H. Azra'ie Zakaria, Hj. Athiah Muhayat". Online Public Access Catalog Perpustakaan Nasional RI. 2008. Dicapai pada 2022-09-25.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Azra'ie Zakaria di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)