Abdul Malik Ab Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Malik Ab Razak
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2014–2015
Butiran peribadi
LahirAbdul Razak Bin Abdul Malek @ Che Man
(1993-03-31) 31 Mac 1993 (umur 31)
Dikenali keranamenjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang

Abdul Razak Bin Abdul Malek @ Che Man ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1]. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[2].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Malik dilahirkan pada 31 Mac 1993. Beliau pernah melanjutkan pengajian di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[3]. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1]. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2019–2021[4]. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Graduan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Mesyuarat Khas PAS Pusat: Lantikan AJK Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya dan Pengerusi/Timb. Pengerusi Lajnah-Lajnah". PAS. 6 Mei 2017. Dicapai pada 24 November 2021.
  2. ^ "Gamis gesa k'jaan batal konsert Mariah Carey". Malaysiakini. Ogos 5, 2014. Dicapai pada 24 November 2021.
  3. ^ Abdul Malik Ab Razak (Disember 2, 2013). "Terus membisu pada tangisan Rohingya". Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2021.
  4. ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2019-2021". PAS. 23 Jun 2019. Dicapai pada 24 November 2021.