Pergi ke kandungan

Arumugam Vengatarakoo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari V. Arumugam)
Arumugam Vengatarakoo
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Bukit Selambau
Dalam jawatan
2009–2008
Didahului oleh Saravanan Velia Udayar
Digantikan oleh Manikumar Subramanian
Majoriti2,362 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008–2009
Menteri BesarAzizan Abdul Razak
PortfolioPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pekerja Ladang, India dan Perpaduan
Butiran peribadi
Parti politik (-2009)
PekerjaanAhli Politik

Tuan Arumugam a/l Vengatarakoo ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai EXCO Kedah dan ADUN Bukit Selambau mewakili PKR sebelum bertindak meletakkan jawatan dan keluar parti sehingga Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009 terpaksa dijalankan.

Selepas memenangi pilihan raya 2008, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[1] memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India[2].

Walau bagaimanapun, beliau telah meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN pada Februari 2009 yang menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil.[3][4]

Sebelum menyertai politik, Arumugam ialah seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gabriel, Paul; Embun Majid (12 March 2008). "DAP rep not in Kedah exco". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 27 April 2010.
  2. ^ "Senarai portfolio dan email MB dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah 2008" (dalam bahasa Inggeris). 2008-04-04. Dicapai pada 2023-10-11.
  3. ^ a b "PKR's Arumugam quits as assemblyman and exco member". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). 10 February 2009. Dicapai pada 27 April 2010.
  4. ^ Kuppusamy, Baradan (17 April 2009). "PR's chain of trouble from weak link". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 27 April 2010.