Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
Tunku Abdul Rahman | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor | |||||||||
Tunku Panglima Johor | |||||||||
Pemerintahan | 22 November 2012 - kini | ||||||||
Pelantikan | 22 November 2012 | ||||||||
Keputeraan | Johor Bahru, Johor | 5 Februari 1993||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kerabat Diraja Johor | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Kesetiaan | Sultan Johor | ||||||||
Perkhidmatan | Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) | ||||||||
Tahun perkhidmatan | ? – kini | ||||||||
Pangkat | Leftenan Kolonel |
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru) merupakan Tunku Panglima Johor serta anakanda kelima dan putera keempat kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.[1]
Biografi[sunting | sunting sumber]
Tunku Abdul Rahman merupakan pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[2][3]
Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans itu yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[4]
Kerjaya ketenteraan[sunting | sunting sumber]
Tunku Abdul Rahman telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Beliau berkhidmat dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
- 5 Februari 1993 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail
- 23 Januari 2010 – 22 November 2012: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
- 22 November 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]
- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 22 November 2012)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J., 11 April 2009)
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama, 23 Mac 2015)
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J., 30.3.2015)[5]
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (P.S.I. I, 23 Mac 2017)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://kemahkotaan.johor.gov.my/biodata/anakanda/ dicapai pada 24 April 2017
- ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia Harian Metro.
- ^ Amirul Azreen (10 Mac 2019) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, akan membuat penampilan pertama sebagai pelumba di siri Cabaran GT Dunia Blancpain Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang MotoMalaya.net
- ^ (11 Februari 2024) Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor Berita Harian
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- Kelahiran 1993
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Kerabat diraja Johor
- Muslim Malaysia
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor