Luohan Zhai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Luohan zhai)
Luohan Zhai
Tulisan Cina Tradisional羅漢 atau
Tulisan Cina Ringkas罗汉 atau
Maksud harfiahMakanan vegetarian Luohan
Burmese name
Burmeselo4 han3 jaai1

Luohan Zhai (lo han jai atau lo hon jai, bahasa Inggeris: Buddha's delight) ialah sejenis hidangan vegetarian yang terkenal dalam masakan Cina. Hidangan ini kadang-kala juga dikenali sebagai Luóhàn cài (Cina Tradisional: 羅漢, Cina Ringkas: 罗汉). Hidangan ini secara tradisinya dinikmati oleh sami Buddha yang mengamalkan pemakanan vegetarian, tetapi juga semakin laris di seluruh dunia sebagai hidangan yang biasa dijumpai sebagai pilihan vegetarian di restoran Cina.

Makanan ini terdiri daripada pelbagai sayur-sayuran dan ramuan-ramuan vegetarian yang lain (serta adakala juga makanan laut dan telur), yang dimasak dalam cecair berkicap dengan perasa-perasa lain sehingga lembut. Penggunaan ramuan-ramuan tertentu banyak berbeza di dalam dan luar Asia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]