Anjing gembala Karst

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kraški ovčar)
Anjing gembala Karst
Nama ringkasAnjing Karst
Negara asalSlovenia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Karst[a] atau anjing Karst[b] ialah satu baka anjing daripada jenis anjing penjaga haiwan ternakan yang berasal dari Slovenia.[1][2] Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Karst ialah anjing bersaiz serderhana dengan lapis bulu 'kelabu besi' panjang.[1]

Tengkorak anjing gembala Karst adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan muncungnya; piawaian baka mensyaratkan panjang 13–14 sentimeter (5.1–5.5 in) untuk tengkorak dan panjang 11–12 sentimeter (4.3–4.7 in) untuk muncung. Hidung, kelopak mata, dan bibir berwarna hitam. Matanya 'berbentuk badam' sama ada berwarna perang berangan atau perang gelap. Telinganya tidak tegak tetapi sebaliknya terbentang merata. Telinganya bersaiz sederhana. Lapis bulu panjang dan tebal memberikan penampilan surai di sekeliling leher. Ekornya berkedudukan normal tetapi mempunyai sedikit cangkuk di hujung. Jantan adalah setinggi 57–63 sentimeter (22–25 in) pada paras kelasa dan betina adalah setinggi 54–60 sentimeter (21–24 in). Jantan berada dalam lingkungan berat 30–42 kilogram (66–93 lb) dan betina pula adalah seberat 25–37 kilogram (55–82 lb).[1]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka memerihalkan anjing ini sebagai anjing yang mempunyai perangai tajam dan keindividuan kuat, tidak meyakini orang asing. Ia merupakan anjing pengawal bagus. Seperti semua anjing besar, anjing gembala Karst perlu tersosialisasi dengan baik semasa masih muda, dengan orang jika anjing berkenaan ingin diniatkan sebagai teman, dan dengan haiwan ternakan jika anjing berkenaan diniatkan sebagai penjaga. Jika latar belakang baka ini diambil kira, dan jika anjing berkenaan tersosialisasi dan terlatih dengan baik, ia dapat menjadi anjing keluarga baik. Perangai setiap anjing mungkin berbeza-beza.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Karst dinamai sempena Penara Karst di Slovenia dan lebih umumnya sempena landskap Karst yang memanjang ke Croatia dan sebahagiannya di Bosnia dan Herzegovina, dari Teluk Trieste ke Alp Dinara. Kebanyakannya dibiakbakakan di Slovenia dan di Istria di Croatia. Jenis leluhur bagi baka zaman moden mengembara dengan gembala melalui kawasan ini dan kemungkinan besar datang dengan pastoralis nomad purba. Pada tahun 1689, ahli etnografi Johann Weikhard von Valvasor menyebut anjing gembala di kawasan ini dalam karya beliau Die Ehre deß Hertzogthums Crain dan memerihalkan anjing-anjing ini sebagai anjing kuat dan tidak takut dari kawasan Pivka.[3] Pada abad ke-20, apabila anjing gembala baka tempatan mula didokumenkan sebagai baka moden, ia mula-mula dirujuk sebagai anjing gembala Illyria (1939).[1]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf baka ini dalam Kumpulan 2, Seksyen 2.2 baka Molossoid-Jenis gunung, nombor 278.[4] Baka ini juga telah dieksport ke Amerika Syarikat dengan pengiktirafan oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Penjaga. Baka ini juga diiktiraf oleh pelbagai kelab kenel kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کرست; Slovene: kraški ovčar, Mengenai audio inilisten ; bahasa Inggeris: Karst shepherd dog; Karst shepherd
  2. ^ Jawi: انجيڠ کرست; Slovene: kraševec, Mengenai audio inilisten 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "FCI-Standard N° 278 KARST SHEPHERD DOG (Kraski Ovčar)" [Piawaian FCI No. 278 Anjing Gembala Karst] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Disemak oleh Pn. Sporre-Willes dan En. Triquet. 22 Ogos 2001. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ Kraševec Journal (ISSN C504-9644), 2009, jil. 18/19., hlm. 3–9
  3. ^ Vajkard Valvasor, Janez (1978) [1689]. "O živalih na Kranjskem, zlasti o tako imenovanem". Slava Vojvodine Kranjske (dalam bahasa Slovenia). III. Rastline, rudniki, rudnine, živali, ptiči, ribe itd. dežele Kranjske. Ljubljana, Slovenia: Mladinska knjiga. m/s. 80.
  4. ^ Fédération Cynologique Internationale Group 2 (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]