Tritium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hidrogen-3)
Tritium, 3H
Maklumat umum
Simbol3H
Namatritium, 3H, H-3,
hydrogen-3, T
Proton (Z)1
Neutron (N)2
Data nuklid
Kelimpahan semula jadi[10-18 dalam hidrogen[1]
Separuh hayat (t1/2)12.32 tahun
Jisim isotop3.0160492 Da
Spin12
Tenaga lebihan14,949.794 keV
Tenaga pengikatan8,481.821 keV
Hasil reput3He
Mod pereputan
Mod pereputanTenaga pereputan (MeV)
pereputan beta0.018590
Isotop hidrogen
Jadual nuklid lengkap

Tritium تريتيوم (/ˈtrɪtiəm/ or /ˈtrɪʃiəm/, daripada grc τρίτος (trítos), bermaksud "third") or hidrogen-3 (symbol T or 3H) ialah salah satu dari isotop hidrogen yang dijumpai di alam semulajadi. Tritium ialah isotop yang jarang dijumpai dan juga radioaktif. Nukleusnya mempunyai satu proton dan dua neutron manakala nukleus isotop hidrogen yang biasa (protium) hanya mempunyai satu proton, dan deuterium mempunyai satu proton dan satu neutron.

Tritium semulajadi amat jarang dijumpai di bumi. Atmosfera bumi hanya mempunyai kuantiti surih tritium yang dihasilkan dari interaksi gas-gas dengan sinar kosmik. Tritium dapat dihasilkan dengan menyinar logam litium atau kerikil seramik yang mempunyai litium dalam reaktor nuklear, serta merupakan bahan sampingan yang wujud dalam kuantiti sedikit semasa operasi reaktor nuklear.

Tritium digunakan sebagai sumber tenaga dalam lampu bagi jam, pelbagai instrumen dan alatan serta rantai kunci yang bercahaya. Tritium juga digunakan dalam perubatan sebagai bahan perunut radioaktif. Di samping itu, tritium ialah bahan api lakuran nuklear, dalam reaktor Tokamak dan Bom hidrogen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]